M. I. Industrial Resources (M) Sdn Bhd, (MIIR) ialah syarikat pengendali latihan
soft skill bumiputra yang telah beroperasi selama lebih 6 tahun dalam bidang latihan. Kami mengendali kursus-kursus untuk kakitangan kerajaan, swasta dan agensi-agensi kerajaan. Kami akan membangun modul-modul mengikut kehendak pihak pengurusan, dan ia dibangunkan khusus bagi setiap klien kami. Fasilitator kami adalah fasilitator yang bertauliah memegang sijil
Train The Trainer (TTT) dan berdaftar dengan Pembangunan Sumber Manusia dan layak sebagai Fasilitator SBL dan SBL Khas.
KURSUS KEPIMPINAN PENGURUSAN & PENYELIAAN - UKM BANGI
Kursus ini telah diadakan di Puri Pujangga UKM, Bangi pada 28 & 29 Mac 2011.
Kursus selama 2 hari ini disertai oleh pegawai-pegawai UKM dari gred 41 ke atas.
KURSUS PERUBAHAN MINDA 1 AZAM - KOTA BHARU, TUMPAT & JELI
Kursus ini dikendalikan untuk golongan miskin dan miskin tegar terpilih dari Kota Bharu, Tumpat dan Jeli
dan diakhir kursus mereka akan disalurkan ke Program 1 AZAM (Akhiri Zaman Miskin).
Kursus dari Kementerian Wanita Keluarga Masyarakat ini telah disertai oleh seramai 460 orang peserta
No comments:
Post a Comment